Selsema merupakan satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh ramai orang.

Namun ramai yang tidak mempedulikan tentang masalah ini kerana beranggapan ia akan hilang dengan sendiri. 

Tetapi, hakikatnya ia boleh memberi impak yang lama jika ia tidak dirawat dengan segera.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang masalah selsema seperti simptom utama dan juga cara yang anda boleh ikut untuk merawatnya.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

ARTIKEL BERKAIT

Jangan Pandang Rendah Pada Simptom GERD Ini!

Definisi Selsema 

Untuk pengetahuan anda, selsema merupakan satu jangkitan pernafasan. Ia dikenali sebagai upper respiratory tract infection dalam terma sains.

Selain terma selsema, ia juga boleh dipanggil dengan terma lain seperti sniffles, nasofaringitis dan coryza.

Selsema merupakan satu masalah kesihatan yang berlaku disebabkan virus. Virus yang paling kerap menyebabkan anda mengalami masalah ini dikenali sebagai rhinovirus

Virus tersebut akan menyebabkan rongga seperti tekak,  trakea dan tekak anda untuk mengalami masalah.

Ia akan menyebabkan cecair berlendir yang dikenali sebagai mukus atau hingus berkumpul di hidung anda dan boleh menyebabkan anda untuk sukar bernafas.

Apakah Simptom-simptom Selsema?

simptom selsema

Berikut adalah beberapa simptom yang anda perlu tahu untuk mengenal pasti jika anda mengalami masalah selsema. 

     1. Hidung Berair

Simptom selsema yang paling jelas ialah adalah hidung anda akan berair.

Ini kerana terdapat pengumpulan cecair berlendir mukus atau hingus di rongga hidung anda. 

Ini boleh menyebabkan anda sukar untuk bernafas melalui hidung. Hal ini terjadi kerana ruang hidung anda akan menjadi sempit disebabkan terdapat mukus dengan banyak.

     2. Hilang Selera Makan

Terdapat juga individu yang akan hilang selera makan apabila mereka menghidap jangkitan ini.

Ini disebabkan masalah yang berlaku di rongga hidung kerana ia boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk bau makanan.

Ia boleh menyebabkan anda untuk hilang selera kerana deria bau anda diganggu oleh masalah kesihatan ini.

     3. Sakit Tekak

Simptom seterusnya yang anda perlu tahu adalah sakit tekak. Seperti simptom sebelum ini, cecair mukus juga akan berkumpul di bahagian tekak anda.

ARTIKEL BERKAIT

Senarai Rawatan Yang Terdapat di Homeomed

Atasi Masalah Selsema Dengan Bahan Ini

Selain daripada ubat, anda juga boleh mengambil beberapa makanan untuk menghilangkan masalah selsema ini.

Buah Oren

lima mandarin dapat mengatasi masalah selsema

Oren merupakan sejenis buah-buahan yang sangat bagus untuk diambil apabila anda mengalami masalah selsema. Ini kerana ia kaya dengan vitamin C.

Anda boleh membuat jus oren ataupun makan buah tersebut begitu sahaja. 

Bawang Putih

Bawang putih juga merupakan satu bahan yang sesuai untuk mengurangkan masalah selsema. 

Ia menghasilkan antioksidan yang kuat dan ini memainkan peranan yang tinggi dalam melindungi diri anda dari diserang kuman atau virus.

Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang mengambil bawang putih selama 12 minggu akan kurang terkena jangkitan masalah selsema.

Teh Hijau

selsema dapat diatasi dengan teh hijau

Bagi mereka yang gemar teh hijau, kami ada berita baik untuk anda! Teh hijau mengandungi catechin yang merupakan antioksidan yang bagus.

Antioksidan ini akan membantu badan anda untuk mencegah virus yang akan menyerang sistem imun anda.

Ubi Keledek

Selain daripada buah oren, ubi keledek merupakan sayuran yang kaya dengan kandungan vitamin C dan juga vitamin A. 

Buat pengetahuan anda, vitamin A memainkan peranan yang penting untuk memastikan kesihatan tubuh badan anda sentiasa terjaga. 

Ia dapat berfungsi untuk melindungi anggota hidung anda daripada menghidap masalah selsema. 

Kesimpulannya, masalah selsema merupakan suatu masalah kesihatan yang perlu dipandang dengan serius.

logo Homeomed

Jika anda sedang mencari khidmat rawatan selsema yang boleh dipercayai, anda boleh mencuba Pusat Rawatan Homepathy Homeomed! 

Kami adalah syarikat yang berpengalaman dalam menawarkan servis Homeopathy yang diasaskan di Germany sejak 1796 menggunakan ubatan yang natural, selamat & diiktiraf oleh KKM.

Antara rawatan yang kami menawarkan adalah:

  • Masalah batuk
  • Masalah asma
  • Masalah gastrik
  • Masalah buah pinggang
  • Masalah resdung

Ini adalah hanya segelintir rawatan yang anda boleh dapat di Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed!

Jika anda mempunyai apa-apa masalah atau ingin tahu dengan lebih lanjut, tekan butang di bawah!