Pernahkah anda dengar orang dulu-dulu kata baring selepas makan nak jadi ular sawa?

Sebenarnya memang tidak bagus baring selepas makan, takut boleh mengundang penyakit GERD.

GERD ini satu penyakit yang biasa orang kena tetapi bukan bermaksud kita boleh pandang remeh tentangnya.

Apa itu GERD dan macam mana nak elak atau merawatnya?

Artikel ini akan menjawab persoalan anda jadi teruskan membaca!

ARTIKEL BERKAIT

Senarai Rawatan Yang Terdapat di Homeomed

Apakah Itu GERD? 

penerangan tentang gerd

GERD atau nama penuhnya Gastroesophageal Reflux Disease juga dikenali sebagai asid refluks. 

Asid refluks merupakan satu kondisi di mana asid dalam perut mengalami refluks dan naik semula ke saluran esofagus. 

Semasa makan, makanan yang masuk ke dalam perut akan dirembes oleh jus gastrik yang mengandungi asid hidroklorik. 

Fungsi asid hidroklorik ini adalah untuk membunuh kuman di dalam perut. 

Tetapi dalam kes GERD, asid yang terhasil itu mengalami refluks dan naik semula ke saluran esofagus atau lebih teruk lagi naik ke bahagian tekak. 

Banyak masalah yang boleh timbul disebabkan penyakit ini seperti sakit ulu hati, sakit dada, susah untuk menelan makanan dan juga serangan asma. 

Punca-punca GERD

Punca gerd

Terdapat beberapa sebab yang boleh mengundang GERD terutamanya jika mekanisme badan anda tidak berfungsi dengan betul.

Di hujung esofagus kita, terdapat satu otot sfinkter esofagus bahagian bawah (LES) yang mengendur dan terbuka apabila kita menelan dan menjadi ketat dan tertutup sesudahnya. 

Asid refluks berlaku apabila LES tidak mengetat atau menutup dengan betul menyebabkan asid dan kandungan lain naik dari perut ke esofagus.

Selain daripada itu, berbaring selepas makan dengan banyak juga boleh menyebabkan GERD. 

Hal ini kerana posisi tersebut mengurangkan tekanan maka LES tidak boleh berfungsi dengan baik. 

Anda juga boleh terkena GERD jika anda selalu makan dengan banyak kerana boleh menyebabkan regangan di bahagian atas perut.

Regangan ini boleh menyebabkan LES untuk tidak tertutup dengan betul. 

Simptom Utama dan Sampingan GERD

simptom utama dan sampingan gerd

Simptom utama GERD adalah pedih ulu hati iaitu ketidakselesaan di belakang tulang dada yang terasa seperti sensasi terbakar. 

Pedih ulu hati boleh menjadi teruk jika seseorang itu sedang berbaring atau membongkok dan selepas makan. 

Tidak semua orang akan mengalami pedih ulu hati. 

Terdapat juga sesetengah orang yang mengalami loya atau muntah-muntah, nafas berbau, masalah penghadaman, dan sukar menelan. 

Selain itu, terdapat juga simptom seperti gigi mereput (gigi rosak), masalah bernafas, air  berlebihan secara tiba-tiba dan memuntahkan makanan atau cecair masam.

Amalan Hidup Sihat Dapat Merawat GERD

sayuran dan buah

Antara cara yang berkesan untuk merawat GERD adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat terutama sekali dalam bab pemakanan. 

Hal ini kerana terdapat makanan tertentu yang boleh menyebabkan asid refluks menjadi lebih teruk. 

Berikut merupakan senarai jenis-jenis makanan yang anda perlu elak supaya penyakit GERD ini tidak menjadi lebih teruk. 

  • Antara perubahan yang anda boleh lakukan adalah elakkan makanan yang boleh meningkatkan kadar asid dalam perut. Contohnya adalah makanan pedas, buahan citrus seperti limau, chocolate, minuman keras dan minuman berkafein.

  • Selain itu, elakkan makanan yang mengurangkan tekanan LES seperti makanan berlemak, minuman keras dan pudina. 

  • Elakkan juga makanan yang mempengaruhi peristalsis (pergerakan otot di saluran pencernaan) seperti kopi, minuman keras dan cecair berasid. 

  • Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan makanan yang melambatkan pengosongan gastrik terutamanya makanan berlemak.

  • Elakkan daripada makan hidangan yang bersaiz besar dan berbaring sejurus selepas makan. 

  • Selain itu, perubahan yang baik untuk kesihatan anda dan mengelakkan GERD adalah berhenti merokok.

  • Jika berat badan anda berlebihan, perubahan yang paling berkesan adalah untuk menurunkan berat badan. 

  • Yang terakhir adalah tinggikan bahagian kepala ketika anda berbaring terutamanya ketika tidur.

Jika anda mengalami simptom GERD, anda perlu cepat mengambil tindakan. 

Anda tidak boleh memandang remeh tentang GERD kerana ia boleh mengganggu aktiviti harian anda. 

Salah satu solusi yang anda boleh ambil adalah dengan mendapatkan rawatan. 

Di mana nak dapatkan rawatan? 

Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed menawarkan rawatan homeopathy yang diasaskan di German sejak 1796 yang menggunakan ubatan yang natural dan selamat. 

Beroperasi selama 13 tahun, Homeomed telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM)

Pelbagai jenis rawatan yang anda boleh dapatkan seperti rawatan kesihatan umum, untuk kanak-kanak dan wanita.

Antara penyakit yang boleh dirawat di Homeomed selain GERD adalah asthma, batuk, gastrik, sakit lutut, migrain, senggugut dan banyak lagi.

Anda juga boleh dapatkan khidmat untuk masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, buah pinggang, imuniti anak rendah, anak tidak berselera, masalah kesuburan lelaki dan lain-lain.

Sistem rawatan Homeomed adalah natural, ubat yang digunakan juga berasaskan bahan natural yang selamat digunakan dan diiktiraf.

Yang paling penting, kos adalah berpatutan dan berbaloi. 

Tunggu apa lagi?