Kanak-kanak tidak terkecuali dalam menghadapi masalah emosi ini. Perubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau masalah tingkahlaku.
.
Kanak- kanak yang mempunyai risiko mengalami kemurungan termasuk mereka yang :

  • Mengalami situasi yang tertekan seperti dipulau oleh keluarga
  • Mengalami kehilangan orang yang tersayang seperti kematian ahli keluarga yang terdekat
  • Mempunyai ahli keluarga yang ada sejarah penyakit kemurungan
  • Mempunyai sejarah psikiatri pada peringkat awal kanak-kanak seperti Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan, Masalah Pembelajaran, dan Gangguan Keresahan (Anxiety)

Apakah tanda-tanda kemurungan

Perubahan boleh ditunjukkan dalam

1. Kelakuan

  • Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
  • Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan
  • Terpinggir / terasing
  • Marah dan suka bermusuh
  • Hubungan yang tegang
  • Kerapkali tidak hadir ke sekolah
  • Hendak lari dari rumah
  • Kelakuan yang merosakkan diri sendiri

2. Perasaan /Emosi/Pemikiran

  • Perasaan tidak puas hati
  • Kurang tumpuan
  • Kurang keyakinan diri
  • Rasa diri tidak berguna
  • Bosan
  • Tertekan kerana disingkir
  • Cepat marah

3. Perubahan Fizikal

  • Tiada tenaga
  • Perubahan corak masa tidur atau makan
  • Sakit fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya
  • Perubahan berat badan