Insomnia atau gangguan tidur adalah gangguan yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk tidur, sukar untuk kekal tidur atau terjaga terlalu awal dan sukar untuk kembali tidur.
.
Gangguan ini boleh mendatangkan kesan naegatif terhadap emosi, kesihatan, prestasi kerja serta kualiti hidup mereka yang mengalaminya.
.
Setiap orang dewasa memerlukan tidur sebannyak 7 hingga 8 jam sehari. Manakala, remaja dan kanak-kanka di alam persekolahan memerlukan tidur masing masing sekitar 8-10 jam dan 9-12 jam.
.
Insomnia akut hanya berlaku dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu dan ia lazimnya tidak melibatkan masalah kesihatan lain.
.
Insomnia kronik pula berlaku sekurang-kurangnya selama sebulan atau lebih dan berkait rapat dengan masalah kesihatan yang lain. Contohnya seperti kemurungan, asma, kanser dan lain lain.
.
Simptom-simptom Insomnia
.
Selain sukar untuk melelapkan mata, beberapa simptom lain yang mungkin turut dialami oleh mereka yang mengalami gangguan ini adalah seperti :

  • Terjaga di tengah-tengah malam
  • Terjaga terlalu awal
  • Rasa letih sewaktu bangun tidur
  • Mengantuk dan letih di siang hari
  • Kemurungan, keresahan dan tidak selesa
  • Sukar untuk memberi tumpuan atau sering lupa
  • Sentiasa rasa bimbang mengenai tidur

Punca atau Penyebab Insomnia
.
Punca atau penyebab kepada gangguan tidur ini bergantung kepada jenis yang dialami.

.
Bagi insomnia akut atau jangka pendek, beberapa perkara yang boleh menjadi punca adalah :

  • Tekanan (stres)
  • “Jet lag”
  • Perubahan kepada tabiat tidur atau syif kerja
  • Mengalami peristiwa besar seperti kematian, perceraian atau kehilangan kerja
  • Kesakitan anggota badan

Manakala, punca bagi insomnia kronik pula adalah seperti :

  • Tekanan (stres)
  • Jadual kerja dan perjalanan rentas negara yang berbeza zon waktu
  • Tabiat tidur yang tidak mengikut waktu yang tetap
  • Makan terlalu banyak sebelum tidur

Insomnia kronik juga boleh berkait rapat dengan masalah kesiatan atau penggunaan ubat-ubat tertentu.
.
Masalah insomnia sudah tentu boleh dirawat. Rawatan dan perubatan natural dan semulajadi adalah yang terbaik dan boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan yang lain.
.
Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed boleh bantu pesakit yang mengalami masalah gangguan tidur atau insomnia.