Ketidakhadaman atau dispepsia adalah istilah umum untuk sakit perut atau ketidakselesaan. Istilah ini merangkumi pelbagai simptom penghadaman dan merupakan masalah biasa yang memberi kesan kepada ramai orang, kebiasaannya selepas makan atau minum. Ia disebabkan oleh asid yang memecahkan lapisan pelindung dinding perut yang membawa kepada kerengsaan dan kesakitan.

Simptom Ketidakhadaman

Ketidakhadaman kebiasaannya berlaku sejurus selepas makan, walaupun ada kalanya berlaku kelewatan. Antara simptom ketidakhadaman yang paling biasa termasuk:

  • Rasa pedih dalam perut serta bahagian atas abdomen
  • Sakit abdominal
  • Kembung, atau rasa terlalu kenyang
  • Rasa seperti hendak sendawa, sendawa dengan kuat atau kentut
  • Loya atau muntah
  • Rasa berasid dalam mulut
  • Pedih ulu hati
  • Hilang selera makan

Penyebab Ketidakhadaman

Ketidakhadaman adalah hasil daripada perut yang menghasilkan asid perut yang berlebihan, yang kemudiannya merengsa lapisan perut. Terdapat banyak sebab mengapa anda mungkin mengalami ketidakhadaman, namun kebanyakannya adalah berkaitan dengan pemakanan. Berikut adalah beberapa penyebab paling biasa ketidakhadaman:

Cara anda makan
  • Makan hidangan yang besar boleh menyebabkan perut anda menghasilkan asid berlebihan. Terlebih mengisi perut secara fizikal boleh memberi tekanan dan menyebabkan asid terlepas naik ke dalam esofagus
  • Makan secara tidak teratur atau terlalu cepat boleh menyebabkan tahap asid dalam perut tidak mempunyai masa untuk dilaraskan
  • Makan tergesa-gesa atau sejurus sebelum tidur memudahkan asid untuk bergerak naik semula ke dalam esofagus (salur makan)
Jenis makanan yang anda makan
  • Makanan berlemak cenderung untuk berada dalam perut lebih lama kerana lemak dihadamkan dengan lebih perlahan
    Makanan seperti coklat dan pudina mungkin mempunyai kesan mengendur terhadap sfinkter (gegelang otot) di laluan masuk ke perut yang membolehkan asid untuk bergerak naik semula ke atas ke dalam esofagus
  • Makanan pedas, bawang dan produk tomato
Jenis minuman yang anda minum
  • Minuman berkafein dan alkohol cenderung untuk meningkatkan keasidan dalam perut anda
  • Minuman yang sangat panas dan jus sitrus mungkin juga menjadi penyebab
Kehamilan
  • Perubahan hormon semasa kehamilan
  • Bayi memberikan tekanan secara fizikal kepada salur penghadaman ibu

Penyebab lain yang diketahui umum

Dalam beberapa kes, ketidakhadaman berkemungkinan disebabkan atau akan menjadi lebih teruk oleh faktor lain seperti :

  • Stres, kemurungan atau kerisauan\
  • Keletihan
  • Ubat-ubatan tertentu, seperti untuk masalah jantung, asma dan tekanan darah tinggi
  • Mempunyai berat badan berlebihan boleh meningkatkan kemungkinan untuk mengalami ketidakhadaman
  • Memakai pakaian ketat boleh memberikan tekanan terhadap perut
  • Merokok boleh menggalakkan penghasilan asid dan menyebabkan sfinkter untuk mengendur

Pedih ulu hati dan ketidakhadaman cenderung untuk mempunyai penyebab yang sama, dan kebiasaannya akan berlaku seiring.

 

Anda dan keluarga perlulah sentiasa sihat dan cergas sepanjang hari. Dapatkan ubatan natural Homeopathy yang selamat dan tanpa sebarang kesan sampingan daripada Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed. KLIK untuk info dan pertanyaan lanjut.