Bagaimana menentukan sakit perut yang dialami adalah kesan gastrik atau tidak? Jom kenali perbezaan tanda sakit gastrik angin dengan sakit perut biasa.
.
Apa rasanya jika ada tanda sakit gastrik angin?
.
Biasanya individu dengan gastrik atau dalam istilah perubatan disebut gastritis akan mengadu rasa sakit menyucuk pada perut. Ia boleh bertambah baik mahupun bertambah buruk selepas makan atau muntah.
.
Mereka juga akan mengalami rasa ketidakselesaan pada bahagian atas perut dan tepat di bawah tulang dada.
.
Selain itu, tanda sakit gastrik angin yang akan dialami seperti:
– Pening dan muntah
– Perut kembung
– Senak
– Sensasi terbakar antara waktu makan atau pada waktu malam
– Tersedu yang teruk
– Hilang selera makan
– Muntah darah atau keluar cecair kehitaman
– Najis hitam
.
Bagi kes gastrik teruk, mereka akan mengadu sakit dada, sesak nafas, lemah atau sukar menelan makanan atau minuman dan demam panas. Keadaan ini memerlukan rawatan perubatan segera!
.
Beza antara gastritis @ gastroenteritis
.
Gastroenteritis – Keradangan (kerengsaan) perut dan usus disebabkan jangkitan
Gastritis – Keradangan lapisan perut dan jarang disebabkan oleh jangkitan
.
.
Masalah Gastrik Angin
.
Gastrik adalah keadaan di mana lapisan perut menjadi merah dan bengkak atas pelbagai sebab.
.
Lapisan perut menghasilkan asid dan bahan lain yang berfungsi memecahkan nutrien makanan. Ia juga menghasilkan lendir bagi melindungi perut daripada asid yang dihasilkannya.
.
Semasa mengalami gastrik, lapisan ini terjejas dan tidak dapat melindungi perut daripada asid. Ia merosakkan sel perut serta boleh menyebabkan ulser dan pendarahan.
.
Bagi kebanyakan individu, kesan gastrik tidak serius dan dapat sembuh jika dirawat. Namun jika gastritis tidak dirawat, ia boleh berlanjutan selama bertahun-tahun.
.
Antara punca gastritis adalah :
.
– Kerap makan makanan pedas sehingga mengganggu lapisan perut
– Jangkitan bakteria hidup, Helicobacter pylori (H.pylori) pada lapisan lendir perut. Tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan ulser dan barah perut
– Refluks hempedu – Jus pencernaan, dikenali sebagai hempedu berpatah balik ke perut daripada saluran hempedu yang menghubungkan hati dan pundi hempedu
– Pengambilan alkohol dan dadah terlarang secara berlebihan
– Tabiat merokok
– Pengambilan ubat antiradang non-steroid (NSAID) secara kerap seperti aspirin, ibuprofen atau ubat tahan sakit lain
– Tekanan daripada kecederaan teruk, penyakit kritikal, tertelan racun secara sengaja atau tidak dan pembedahan utama
– Tindak balas autoimun apabila sistem imun menyerang sel dan tisu badan sendiri (lapisan perut)
– Anemia pernisius – Bentuk anemia yang berlaku ketika perut tidak dapat mencerna vitamin B12 dan menyebabkan kerengsaan lapisan perut, salah satu kesan gastrik
– Individu berusia lebih berisiko mengalami gastritis kerana lapisan perut cenderung menipis seiring pertambahan usia dan lebih mudah mengalami jangkitan H.pylori atau gangguan autoimun
– Masalah kesihatan lain seperti HIV/AIDS, penyakit Crohn dan jangkitan parasite

Sumber : https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/gastrik/tanda-sakit-gastrik-angin/