Jika anda selalu bersin, hidung sentiasa berair dan rasa gatal di bahagian mulut, mata dan kulit, anda mungkin mengalami penyakit resdung. 

Penyakit resdung atau alahan rhinitis merupakan sejenis keradangan di lapisan mukosa dalam rongga sinus. 

Biasanya resdung berlaku apabila terdapat alergen iaitu bahan yang menyebabkan alahan.

Kali ini, kami akan berkongsi tentang punca-punca yang menyebabkan resdung dan bagaimana anda boleh merawatnya.

 

Bagaimana Resdung Berlaku

masalah resdung

Bagi manusia normal, alergen seperti habuk dan debu adalah perkara biasa. 

Tetapi, kedua-dua alergen ini tidak normal bagi mereka yang mempunyai resdung. Badan akan menganggapnya sebagai sesuatu yang berbahaya.

Badan anda akan mula merembeskan hormon yang dikenali sebagai histamin yang menyebabkan lapisan mukosa pada kawasan hidung, mata dan tekak meradang. 

Lapisan mukosa akan mengalami inflamasi dan gatal-gatal semasa menyingkirkan alegen tersebut. 

Daripada situlah anda akan mengalami simptom-simptom resdung seperti bersin dan hidung tersumbat.

 

Ketahui Punca-punca Resdung

Pada bahagian ini, kami akan berkongsi punca-punca utama yang boleh menyebabkan resdung. Antaranya adalah:

  •  Debunga dan spora

debunga punca resdung

Debunga dan spora adalah partikel yang dihasilkan oleh pokok, rumput dan bunga.

Waktu yang paling kerap seseorang terkena resdung disebabkan debunga dan spora adalah waktu pendebungaan. 

Jangan sangka di kawasan berpohon sahaja anda boleh terkena resdung disebabkan debunga dan spora.

Jika anda mendiami di dalam rumah yang lembap sehinggakan terdapatnya kulat dan fungi, anda boleh terkena resdung disebabkan spora yang dihasilkan oleh kedua-dua mikorganisma itu.

  •  Alergen di tempat kerja

Perhatikan jika anda mula mengalami simptom resdung yang teruk di tempat kerja kerana mungkin ia bermula di situ. 

Jika pekerjaan anda melibatkan penghasilan debu ataupun habuk seperti bekerja dengan habuk kayu, debu atau getah, ia mungkin boleh menjadi punca resdung anda.

  •  Haiwan peliharaan

haiwan punca resdung

Ramai yang mengetahui haiwan peliharaan boleh menjadi punca resdung. 

Kebiasaannya resdung berlaku disebabkan oleh cebisan kulit mati dan tinja haiwan peliharaan anda. 

Bukan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing sahaja, binatang lain seperti kuda, arnab dan lembu juga boleh menyebabkan anda mengalami reaksi alergi.

  •  Hama debu

debu punca resdung

Hama adalah serangga kecil yang memakan sel-sel kulit mati manusia di tempat tinggalnya iaitu tilam, karpet, sofa dan bantal. 

Namun, hama bukanlah penyebab anda mengalami resdung, sebaliknya alergi anda berpunca daripada reaksi terhadap bahan kimia yang wujud di dalam tinja mereka. 

Bersihkan persekitaran rumah sekerap mungkin untuk menghapuskan hama dan mengelakkan ia menjadi punca resdung.

 

Rawat Masalah Resdung Anda 

Ada banyak cara yang anda boleh buat di rumah untuk legakan resdung anda. Caranya adalah:

  •  Kemas rumah

cara rawat resdung

Seperti yang kami kongsi di atas, resdung boleh disebabkan oleh hama, habuk dan juga debu. 

Cara yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko resdung disebabkan ketiga-tiga perkara di atas adalah dengan mengemas rumah anda! 

Anda juga boleh cuba menggunakan sarung bantal dan alas tilam yang direka khas untuk orang yang mempunyai alergi. 

  •  Penapis udara

rawat resdung

Seperti yang diketahui, debunga, spora dan debu merupakan partikel yang sangat halus dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. 

Penggunaan penapis udara, terutamanya penapis High Efficiency Particulate Air (HEPA) dikatakan boleh menapis partikel-partikel ini. 

Kesannya, mereka yang mempunyai alahan rhinitis, asthma dan alahan lain boleh menghidu udara yang bebas daripada alergen-alergen ini. 

Untuk lebih ekstra, anda boleh dapatkan penyedut hampagas yang mempunyai penapis HEPA untuk pastikan alergen-alergen ini tersedut semasa anda mengemas rumah.

  •  Saline spray 

Saline spray merupakan salah satu rawatan resdung yang bermanfaat bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi juga untuk kanak-kanak. 

Penggunaan yang betul amat berkesan untuk mengeluarkan alergen yang tersangkut pada saluran pernafasan anda.

  •  Rawatan Reusin 

Walaupun ada banyak rawatan resdung yang anda boleh lakukan sendiri di rumah, cara yang terbaik adalah untuk mendapatkan rawatan daripada pakar kesihatan. 

Salah satu rawatan yang anda boleh dapatkan adalah rawatan reusin yang boleh membantu melegakan resdung anda. 

Mana nak dapatkan rawatan reusin ni? Dapatkannya di Homeopathy Homeomed!

Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed menawarkan rawatan homeopathy yang diasaskan dari German sejak 1796 yang menggunakan ubat-ubatan yang natural dan selamat. 

Janagn risau, Homeomed telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM).

Dengan pengalaman selama lebih daripada 10 tahun, Homeomed menawarkan pelbagai jenis rawatan seperti rawatan kesihatan umum, rawatan untuk kanak-kanak dan wanita.

Antara penyakit yang boleh dirawat di Homeomed selain resdung adalah asthma, batuk, gastrik, sakit lutut, migrain, senggugut dan banyak lagi.

Anda juga boleh dapatkan khidmat untuk masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, buah pinggang, imuniti anak rendah, anak tidak berselera, masalah kesuburan lelaki dan lain-lain.

Sistem rawatan Homeomed adalah natural, ubat yang digunakan juga berasaskan bahan natural yang selamat digunakan dan diiktiraf.

Yang paling penting, kos adalah berpatutan dan berbaloi. 

Tunggu apa lagi?