Asma merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan penghidapnya mengalami kesukaran untuk bernafas.
.
Ini disebabkan pesakit diserang asma dan keradangan yang membuatkan lapisan dinding udara bronkiol dalam paru-paru menjadi sempit. Apabila sukar bernafas, biasanya pesakit asma akan mengalami nafas yang berbunyi, tersekat di bahagian dada atau sukar bernafas. Mengikut kajian, asma tak boleh diubati tapi ia memerlukan sistem imun yang kuat bagi membantu mencegah asma.
.
Akan tetapi penyakit asma ini akan hilang sendiri bila kanak-kanak menginjak ke usia dewasa tapi ada juga yang menghidp asma hingga ke tua.
.
Punca Serangan Asma Kanak-kanak :

  • Alahan atau elergi
  • Udara sejuk seperti tidur dengan penghawa dingin sepanjang masa
  • Senaman
  • Jangkitan pernafasan
  • Ubat-ubatan
  • Pemakanan

Petua Hilangkan Asma Kanak-kanak :

#1. Jauhkan anak dari habuk
Bila nak kemas rumah, jangan letak anak berhampiran dengan tempat yang berhabuk kerana budak yang ada asma tak tahan dengan persekitaranyang berdebu.

#2. Keringkan anggota badan yang basah
Ibu perlu pastikan anak dilap segera tubuh badan selepas mandi supaya tubuhnya tak lembap dan basah.

#3. Elak dari rasa sejuk
Pakaikan anak dengan baju dan seluar panjang agar anak tak berasa sejuk ketika tidur waktu malam, terutamanya jika menggunakan penghawa dingin di dalam bilik.

#4. Jangan berlengah jumpa doktor
Sekiranya anda dapati anak sudah beberapa hari batuk dan selesama, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan dari doktor bimbang dia tak bolehbernafas. Ini kerana demam asma tak sama seperti demam biasa kerana ia membabitkan lubang pernafasan yang sempit.

#5. Amalkan pemakanan sihat
Kalau dah tahu anak itu ada asma, janganlah bagi makan ais krim atau makanan dan buah-buahan sejuk. Tapi anda boleh bagi anak makanmakanan yang lebih seimbang dan berkhasiat.
Itu juga tips mencegah asma pada anak. Di samping itu, galakkan si kecil minum banyak air kosong setiap hari agar tubuhnya tak kering dan sihatsentiasa.

#6. Elakkan haiwan berbulu
Budak-budak kalau dah jumpa haiwan berbulu macam kucing mesti dia akan cium dan belai-belai bulu kucing itu. Sebenarnya ia tak bagus keranabulu haiwan itu akan melekat pada tubuh mereka lantas menyebabkan asma bertambah teruk.

#7. Jaga kebersihan tempat tidur
Sentiasa basuh tilam anak, cadar, bantal dan selimut. Sidai sebentar di cuaca panas untuk hilangkan hama.

#8. Elakkan anak terdedah pada bahan kimia berbahaya
Elakkan penggunaan spray racun serangga ketika keberadaan anak kerana ia akan menyebabkan asma si anak bertambah parah.

#9. Jangan merokok depan anak
Berhenti merokok depan anak yang ada asma.

#10. Berjumpa dengan Pakar Homeopath
Bawa anak berjumpa dengan Pakar Homeopath kami di Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed di semua cawangan kami seluruh Malaysia untuk dapatkan rawatan natural Homeopathy yang terbaik tanpa kesan sampingan.