Sejak sekian lama rawatan dan perubatan Homeopathy telah terbukti hebat dan berkesan di dalam merawat tahap kesihatan bukan sahaja manusia tetapi juga binatang dan tumbuh-tumbuhan. Secara ringkas, antara kelebihannya ialah:

i. Efektif – mampu merawat dengan mujarab hampir kesemua jenis penyakit.
ii. Natural – tidak menggunakan sebarang bahan sintetik, tetapi sebaliknya menggunakan bahan-bahan asli daripada tumbuhan, galian dan bahagian binatang.
iii. Selamat – penawarnya tidak toksid dan tanpa kesan sampingan.
iv. Individu – penawar diberikan berdasarkan gambaran pesakit secara individu dan tidak disamaratakan antara semua pesakit walaupun penyakitnya kelihatan serupa.
v. Satu Penawar – hanya satu penawar sahaja diberikan pada setiap ketika.
vi. Tidak Melarat – penawar homeopati membantu sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit dan BUKAN mengambilalih tugasnya.
vii. Dos Minima – dos penawar hanyalah setakat diperlukan dan selebihnya adalah tindakan semulajadi sistem pertahanan badan.
viii. Holistik – seluruh gambaran pesakit diambil kira waktu memberi penawar.
ix. Saintifik – walaupun banyak salahfaham tentang Homeopati, ia tetap diterima berasaskan kajian yang saintifik.
x. Harga Berpatutan – harganya berpatutan dan mampu dilanggani oleh semua.