Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi II menunjukkan prevalens sebanyak 24% untuk penyakit ini.

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75

  • Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
  • Tekanan darah diastolik – bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala :

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.