Mana-mana bayi yang baru dilahirkan mungkin akan mengalami jaundis atau lebih dikenali sebagai demam kuning. 

Demam kuning bayi ini merupakan suatu masalah yang mungkin sudah biasa didengari. 

Namun, tidak ramai ibu bapa yang mengetahui punca sebenar dan keperluan rawatan bagi ‘demam’ ini.

Oleh itu, kami akan berkongsi serba-sedikit rawatan yang perlu anda tahu bagi merawat penyakit demam kuning bayi ini.

Apa itu jaundis?

Demam kuning bayi

Masalah demam kuning bayi merupakan suatu keadaan di mana seorang bayi mengalami kekuningan di bahagian kulit atau mata putih seawal dua atau tiga hari selepas dilahirkan.

Punca kekuningan ini timbul adalah disebabkan peningkatan kadar bilirubin dalam darah bayi tersebut.

Walaupun jaundis merupakan suatu keadaan yang biasa dialami, namun sekiranya dibiarkan tanpa rawatan sehingga bacaan bilirubin mencecah paras bahaya, ia berisiko mendatangkan bahaya pada bayi.

Demam kuning bayi mula dikategorikan sebagai jaundis berpanjangan apabila gejala kekuningan yang dialami berterusan selama lebih 14 hari.

Kategori ini adalah bagi bayi cukup bulan atau 21 hari bagi bayi pramatang.

Apa itu bilirubin?

Bilirubin merupakan sejenis pigmen berwarna kuning yang terhasil daripada proses pemecahan sel darah merah.

Hati akan mengeluarkan bilirubin dari darah sebelum dibawa keluar dari tubuh melalui penyingkiran najis.

Perlu diingatkan, hati seorang bayi yang baru lahir tidak mampu untuk menyingkirkan bilirubin seperti orang dewasa.

Di sinilah jaundis mula terjadi apabila kadar bilirubin meningkat lebih pantas berbanding kadar proses penyingkirannya melalui hati.

ARTIKEL YANG ANDA MUNGKIN BERMINAT

Selsema: Ketahui Simptom Dan 4 Cara Merawatnya

Tanda-tanda jaundis

jaundis

Si manja yang mengalami jaundis akan mula mempunyai kulit yang bertukar kekuningan. 

Gejala ini akan bermula dari bahagian wajah seterusnya merebak ke sekitar dada, perut dan kaki. 

Bahagian mata putih juga akan berubah menjadi kuning.

Melalui pandangan mata kasar, keadaan ini lebih mudah dikesan di bawah cahaya semula jadi iaitu sinaran matahari. 

Selain itu, apabila kulit bayi di hidung atau dahi ditekan secara perlahan menggunakan jari, kulit akan ketara kelihatan kuning sejurus jari diangkat. 

Walau bagaimanapun, ia mungkin agak sukar dilihat pada si comel yang berkulit lebih gelap.

Sekiranya nilai bilirubin agak tinggi, bayi tersebut lazimnya akan menjadi sangat mengantuk, lebih kerap meragam, tubuh sedikit terkulai atau mungkin juga enggan menyusu.

Jenis-jenis jaundis

  • Jaundis fisiologi

Jaundis kategori ini adalah sangat biasa berlaku dan tidak membahayakan. 

Kebiasaannya, jaundis ini bermula selepas 48 jam kelahiran dan akan beransur pulih dalam masa 5-7 hari. 

  • Jaundis patologi

Jaundis patologi terjadi pada hari pertama kelahiran iaitu dalam masa kurang dari 24 jam. 

Antara punca berlakunya jaundis patologi adalah disebabkan ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. 

Kebiasaannya, ibu yang mempunyai darah dengan rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’ akan menyebabkan bayi mengalami jaundis kategori ini.

Selain itu, bayi pramatang, jangkitan kuman atau kekurangan enzim G6PD juga boleh menyebabkan jaundis patologi. 

Namun begitu, ibu bapa tidak perlu berasa khuatir kerana keadaan ini agak jarang berlaku.

Rawatan Demam Kuning Bayi

rawatan demam kuning

Demam kuning bayi tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia mampu mengundang bahaya sekiranya bacaan bilirubin melangkaui kadar 25mg/dL. 

Bacaan bilirubin yang tinggi boleh mengakibatkan bayi berisiko untuk mendapat gangguan pendengaran, mengalami palsi serebrum atau terjadi kerosakan di bahagian otak.

Rawatan perubatan bagi demam kuning bergantung kepada punca jaundis, bacaan bilirubin dan usia bayi.

Demam kuning yang tidak serius akan reda sendiri selepas satu hingga dua minggu apabila sistem tubuh bayi mula mampu menyingkirkan lebihan bilirubin dalam badan.

Walaupun ada demam kuning yang berpunca daripada susu ibu, namun ibu-ibu dinasihatkan untuk meneruskan sahaja penyusuan dengan lebih kerap. 

Sekiranya si manja tidak berjaya mendapatkan susu ibu secukupnya, pegawai perubatan akan mencadangkan supaya penyusuan ditambah dengan susu formula.

Bagi kes jaundis yang lebih serius, rawatan seharusnya dimulakan dengan kadar segera antaranya:

  • Penambahan cecair

penambah cecair

Kehilangan cecair atau kurang menyusu sehingga berlaku penyahhidratan akan menyebabkan kadar bilirubin terus meningkat.

  • Fototerapi

fototerapi

Bayi akan diletakkan di bawah cahaya lampu dengan mendedahkan hampir keseluruhan kulit badan. 

Cahaya lampu ini akan mengubah bilirubin menjadi bentuk yang lebih mudah disingkirkan. 

Selimut terapi (biliblanket) juga boleh digunakan melalui terapi ini.

  • Pemindahan darah

Prosedur kecemasan ini hanya akan dilakukan sekiranya bacaan bilirubin berada pada tahap yang sangat tinggi walaupun bayi telah menjalani rawatan fototerapi.

Bagi menurunkan bacaan bilirubin dengan lebih pantas, darah bayi akan digantikan dengan darah penderma yang bersesuaian.

  • Imunoglobulin intravena (IVIg)

Bayi yang mengalami masalah ketakserasian jenis darah akan diberikan rawatan melalui vena.

Rawatan ini akan menyekat antibodi yang menyerang sel darah merah dan mengurangkan keperluan untuk menjalani pemindahan darah.

LIHAT

Senarai Rawatan Yang Terdapat di Homeomed

Rawatan Alternatif

Ibu bapa harus sentiasa peka sepanjang proses pemantauan anak yang mengalami demam kuning di rumah untuk mengurangkan risiko berlakunya komplikasi jaundis.

Sekiranya anak dipantau sendiri di rumah, anda bolehlah mengamalkan tips berikut:

  • Jangan sesekali menjemur atau meninggalkan anak di bawah cahaya matahari terlalu lama. Keadaan ini boleh menyebabkan kulit anak terbakar dan suhu badan akan cepat naik.
  • Teruskan aktiviti penyusuan dengan lebih kerap. Hal ini demikian kerana lebihan bilirubin hanya dapat dikeluarkan melalui najis bayi. Jadi, lebih banyak anak anda menyusu, maka lebih keraplah proses penyahtinjaan akan berlaku.
  • Ibu yang menyusukan si comel hendaklah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Makan banyak sayuran hijau, buah-buahan serta suplemen pelengkap supaya khasiatnya dapat disalurkan kepada bayi anda.
  • Dapatkan nasihat pakar sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah seperti masalah berkaitan penyusuan atau sekiranya bayi mengalami sembelit.

Kesimpulannya, demam kuning bayi bukanlah suatu penyakit yang boleh dipandang enteng. Sekiranya ia dibiarkan tanpa dirawat, penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi risiko yang lebih teruk.

Untuk itu, anda boleh mendapatkan rawatan penyakit demam kuning di Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed. 

Homeomed

Buat pengetahuan anda, Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed sudah beroperasi selama 13 tahun dalam mengamalkan penggunaan ubat-ubatan yang natural.

Selain daripada merawat penyakit demam kuning bayi, Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed juga menawarkan perkhidmatan rawatan untuk wanita, kanak-kanak dan juga kesihatan umum.

Antara rawatan kesihatan yang kami boleh bantu anda adalah asma, migrain, resdung, cirit-birit, sakit gigi, gastrik, dan sebagainya.

Sebagai pengamal perubatan alternatif yang berdaftar di bawah Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM), kesemua rawatan kami adalah dijamin selamat.

Hal ini termasuk juga dengan ubat-ubatan yang selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh membahayakan ibu mahupun bayi.

Kini, Pusat Rawatan Homeopathy sudah mempunyai beberapa cawangan di lokasi-lokasi lain. Antaranya adalah:

  • Cawangan Bukit Beruang, Melaka
  • Cawangan Selandar, Melaka
  • Cawangan Batu Pahat, Johor 
  • Cawangan Shah Alam, Selangor 
  • Cawangan Johor Bahru, Johor 
  • Cawangan Bangi, Selangor 

Jika anda ingin mendapatkan rawatan bagi penyakit demam kuning bayi dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan di bawah ini.