Migrain boleh bertukar menjadi kronik dan kajian menunjukkan 2% pesakit migrain bertukar kepada migrain kronik setiap tahun. Jika anda sakit kepala selama 15 hari atau lebih dalam sebulan secara kerap, segera dapatkan rawatan dan buat pemeriksaan lanjut dengan segera.

 

Bagaimana untuk Mengenalpasti Gejala migrain?

  1. Sakit Kepala pada salah satu sisi atau kedua sisi kepala
  2. Kepala anda terasa seperti sangat berdenyut atau kebas
  3. Anda rasa mual atau loya dan muntah seolah2 seperti anda rasa kepada dan leher belakang anda terasa ada angin.
  4. Anda akan sensitif terhadap cahaya yang mebuatkan anda tidak dapat melihat dan membuatkan anda pening.
  5. Anda akan sensitif terhadap situasi yang berbunyi dan situasi yang berbau.
  6. Sakit anda semakin teruk ketika bergerak, batuk, atau bersin.
  7. Sakit kepala yang berterusan mungkin sehingga 72 jam.

 

5 Antara makanan yang mengakibatkan Migrain anda semakin teruk

Sekiranya anda mengalami gejala Migrain, anda disarankan untuk mengelakkan mengambil 5 makanan ini yang mengakibatkan gejala atau simptom migrain anda menjadi semakin teruk.

 

  1. Coklat – kerana memilik kafein yang tinggi dan mengakibatkan gejala anda semakin teruk.
  2. Sosej atau fastfood kerana makanan ini mengandungi bahan pengawet yang sangat tinggi.
  3. Gula Putih – Kurangkan penggunaan gula putih kerana diproses rembesan insulin berlebihan.
  4. Keju Lama – Apabila keju dibiarkan lama, ia akan terdedah dan mengandungi tyramine.
  5. Minuman berkafein – seperti Kopi, Teh dan soda, elakkan semasa anda sedang mengalami gejala migrain.