Pengambilan bacaan tekanan darah mungkin sudah menjadi suatu kebiasaan bagi pesakit yang menghidap masalah hipertensi atau hipotensi.

Hal ini demikian, mereka perlu memastikan bacaan tekanan darah sentiasa berada pada paras yang stabil dan tidak membahayakan.

Namun, masih ramai yang tidak begitu memahami dan mengetahui kepentingan menjaga tekanan darah.

 

Fahami Tekanan Darah

Tekanan darah merupakan daya atau kekuatan darah pada dinding arteri dalam suatu kitaran peredaran darah yang bermula dari jantung. 

Umumnya, bacaan tekanan darah akan diambil menggunakan instrumen khas yang akan mengukur dua tekanan utama iaitu sistolik dan diastolik dalam unit milimeter merkuri (mm Hg).

Tekanan sistolik (nombor atas) adalah bacaan tekanan pada salur darah setiap kali jantung berdegup.

Manakala, tekanan diastolik (nombor bawah) pula akan mengukur tekanan pada salur darah semasa jantung berehat antara setiap degupan.

Kedua-dua bacaan tekanan darah ini adalah sama penting untuk mengenal pasti sama ada seseorang mengalami masalah tekanan darah atau tidak.

Bacaan yang tidak normal mungkin memberikan indikasi bahawa individu tersebut mengalami hipertensi atau hipotensi.

 

Perbezaan Bacaan Tekanan Darah

Bacaan tekanan darah yang sihat sebenarnya berbeza mengikut usia individu.

Berikut adalah cara untuk mengenali bacaan tekanan darah seorang individu dewasa:

Sistolik

(nombor atas)

Diastolik

(nombor bawah)

Kategori tekanan darah
90 ke bawah 60 ke bawah Hipotensi
91 – 119 61 – 79 Normal
120 – 129 Sekitar 80 Pra Hipertensi
130 – 139 80 – 89 Hipertensi Tahap 1
140 ke atas 90 ke atas Hipertensi Tahap 2
180 ke atas 120 ke atas Krisis Hipertensi

Melalui bacaan tekanan darah, seseorang individu boleh mengetahui sama ada mereka berisiko atau termasuk dalam kategori tekanan darah berbahaya.

Bacaan tekanan darah pada 180/20 menandakan individu tersebut berada dalam kategori krisis hipertensi dan perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

Namun begitu, diagnosis bagi penyakit darah tinggi hanya boleh dibuat oleh seorang pakar perubatan profesional.

Selain itu, pakar juga perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya bacaan tekanan darah berada pada paras yang sangat rendah.

 

Nombor Bacaan Manakah Yang Lebih Penting?

 

cara baca tekanan darah

Lazimnya, tumpuan lebih banyak diberikan pada bacaan tekanan sistolik (nombor atas).

Hal ini kerana ia merupakan faktor risiko utama penyakit kardiovaskular terutama bagi individu berusia 50 tahun ke atas.

Tekanan sistolik kebiasaannya akan meningkat mengikut usia disebabkan berlakunya: 

  1. Pengerasan pembuluh darah arteri 
  2. Pembentukan plak 
  3. Peningkatan kejadian penyakit jantung serta penyakit vaskular. 

Bagaimanapun, kedua-dua bacaan sistolik dan diastolik yang tinggi akan digunakan bagi diagnosis penyakit darah tinggi.

 

Komplikasi Masalah Tekanan Darah

komplikasi masalah tekanan darah

Setelah mengetahui bacaan tekanan darah, anda boleh merujuk jadual yang diberikan di atas sebagai panduan.

Namun, perlu diingatkan bahawa anda tidak semestinya menghidap penyakit darah tinggi hanya melalui satu bacaan.

Sekiranya bacaan tekanan darah anda berada dalam kategori berisiko, sebenarnya masih terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut.

Bagi individu yang mengalami hipotensi (tekanan darah rendah), mereka perlu mengenal pasti puncanya serta menjalani pemeriksaan lanjut oleh pakar perubatan. 

Sering kali keadaan ini berkaitan dengan kondisi lain seperti dehidrasi, anemia (kekurangan darah), kehamilan atau jantung bermasalah.

Walau bagaimanapun, individu yang mengalami hipertensi (tekanan darah tinggi) perlu lebih berwaspada kerana masalah ini boleh menyebabkan komplikasi yang membahayakan nyawa.

Antaranya ialah strok, komplikasi buah pinggang dan serangan jantung.

Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh memberi beban kepada sistem organ dalam badan sekaligus merasakannya.

Dalam erti kata lain, penyakit darah tinggi ini sememangnya berbahaya sekiranya tidak dikesan dan dikawal dengan lebih awal.

 

Langkah Pencegahan Untuk Anda

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan daripada hipertensi menjadi lebih teruk adalah seperti berikut:

  1. Mengelakkan stres

elakkan stress

Tekanan hidup pada zaman kini sememangnya kian membimbangkan terutama sekali bagi golongan yang tinggal di bandar besar.

Walaupun terdapat banyak tekanan di tempat kerja, di rumah dan sebagainya yang boleh menyebabkan stres terlampau, anda perlu cuba menjauhkan diri sekiranya perlu.

Selain itu, dapatkan rehat dan tidur secukupnya untuk mengurangkan risiko.

 

  1. Mengawal berat badan

Obesiti amat sinonim dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit termasuklah penyakit darah tinggi. 

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, anda bolehlah mula cuba mengawal pemakanan untuk mendapatkan berat badan dengan BMI yang ideal.

 

  1. Diet seimbang dan pemakanan sihat

diet seimbang dan pemakanan sihat

Anda boleh mengamalkan diet suku-suku-separuh. Lebihkan makanan tinggi serat, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. 

Selain itu, elakkan makanan tinggi lemak seperti makanan bergoreng, makanan diproses dan juga makanan dengan kandungan garam yang tinggi.

 

  1. Banyakkan senaman dan aktiviti fizikal

bersenam

Aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari amat bagus untuk mengekalkan kecergasan dan kecerdasan.

Senaman ringan seperti jogging, beriadah atau melakukan kerja-kerja rumah juga mampu menurunkan tekanan darah individu.

Sementara itu, aktiviti kardiovaskular seperti berlari dan berenang pula boleh membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan kapasiti peparu dan kesihatan jantung secara umum.

 

Rawatan BIPICARE Homeopathy Homeomed

Sekiranya anda tercari-cari rawatan alternatif yang membantu menstabilkan bacaan tekanan darah, anda boleh hubungi kami di Homeopathy Homeomed.

homeomed

Buat pengetahuan anda, Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed menawarkan rawatan homeopathy yang diasaskan dari German sejak 1796 yang menggunakan ubat-ubatan yang natural dan selamat. 

Jangan risau, Homeomed telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM).

Dengan pengalaman selama lebih daripada 10 tahun, Homeomed menawarkan pelbagai jenis rawatan seperti rawatan kesihatan umum, rawatan untuk kanak-kanak dan wanita.

Selain daripada menawarkan menyemak bacaan darah, Homeomed/Homeopathy juga merawat penyakit lain.

Antaranya ialah resdung adalah asthma, batuk, gastrik, sakit lutut, migrain, senggugut dan banyak lagi.

Sistem rawatan Homeomed adalah natural, ubat yang digunakan juga berasaskan bahan natural yang selamat digunakan dan diiktiraf.

Yang paling penting, kos adalah berpatutan dan berbaloi.