Proses bersalin merupakan satu proses yang kompleks di mana ianya melibatkan pelbagai perubahan fisiologi terutamanya pada ibu yang melahirkan.

Selepas melahirkan, ibu-ibu akan berada di dalam fasa berpantang di mana di dalam kalangan masyarakat melayu ibu-ibu dikehendaki untuk berpantang selama 44 atau 60 hari malah ada yang sehingga 100 hari bergantung kepada adat dan amalan masing-masing.

Berpantang adalah amalan tradisional yang diamalkan untuk memulihkan semula kesihatan ibu tersebut. Di dalam tempoh ini, ibu-ibu akan bertungku, berurut, berbengkung, bertangas dan berpantang makan bagi menegmbalikan tahap kesihatan yang maksima bagi si ibu.

9  MAKANAN YANG BAIK UNTUK IBU BERPANTANG

  1. MAKANAN TINGGI PROTEIN
  • Pengambilan protein yang mencukupi adalah penting untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak kerana protein diperlukan untuk pembentukkan sel-sel baru dan pembaikan sel dan tisu badan yang rosak. Protein juga dapat mengekalkan jisim otot ibu dan mencegah penyusutan otot ibu. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, protein juga penting untuk pembentukkan susu ibu.
  • Antara makanan yang tinggi kandungan protein adalah ikan, daging ayam, daging merah, tempeh, makanan tenusu dan pelbagai lagi.

 

  1. MAKANAN TINGGI ZAT BESI
  • Ibu yang melahirkan juga memerlukan zat besi yang mencukupi. Hal ini kerana ibu-ibu telah mengalami kehilangan darah semasa proses kelahiran menyebabkan lebih banyak sel darah merah yang baru perlu dihasilkan. Zat besi merupakan komponen yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang baru.
  • Antara makanan yang tinggi kandungan zat besi ialah kerang, ayam, telur, daging merah, bayam dan pelbagai lagi sayur hijau.

 

  1. MAKANAN TINGGI VITAMIN D
  • Vitamin D sangat penting untuk mengekalkan kesihatan gigi dan tulang. Untuk pengetahuan, semasa fasa kehamilan, sesetengah ibu mengalami masalah gusi kerana mineral diserap oleh bayi di dalam kandungan.
  • Antara makanan yang kaya dengan vitamin D ialah ikan seperti salmon, tuna, kuning telur, keju, susu dan bijirin.

 

  1. MAKANAN TINGGI VITAMIN B12
  • Sama seperti zat besi, vitamin B12 penting untuk pembentukan sel darah merah. Pengambilan vitamin B12 yang mencukupi dapat mencegah penyakit anemia. Semasa kelahiran, ibu sudah kehilangan darah dalam jumlah yang banyak. Pengambilan makanan yang tinggi vitamin B12 dapat membantu pembentukkan sel darah merah.
  • Antara makanan yang tinggi vitamin B12 ialah ikan sardin, daging lembu, bijirin dan hasil tenusu.

 

  1. MAKANAN TINGGI VITAMIN C
  • Tahukah anda bahawa vitamin C juga merupakan antara komponen yang penting di dalam proses pembentukkan sel darah darah merah. Vitamin C membantu penyerapan zat besi di dalam badan lalu membantu proses pembentukkan sel darah merah.
  • Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah jambu batu, dan buah-buahan sitrus.

 

  1. MAKANAN TINGGI KALSIUM
  • Sama seperti vitamin D, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Bagi ibu yang menyusukan anak semasa berpantang, pengambilan kalsium juga haruslah mencukupi.
  • Antara makanan yang tinggi kalsium ialah makanan tenusu, sayur-sayuran hijau, tulang ikan dan lain-lain.

 

  1. MAKANAN TINGGI SERAT
  • Semasa proses kehamilan dan kelahiran, terdapat pelbagai perubahan fisiologi pada badan ibu menyebabkan antara di antara mereka yang mengalami masalah sembelit. Pengambilan serat yang mencukupi melalui 2 hidangan buah dan 3 hidangan sayur setiap dapat membantu mencukupkan pengambilan sert seharian. Antara makanan yang kaya dengan serat adalah buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan bijirin penuh seperti oat, barli, jagung, roti bijirin penuh dan beras perang.

 

  1. DHA
  • DHA adalah sejenis lemak dari kategori omega 3 di mana ianya mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Bagi ibu di dalam berpantang, pengambilan DHA dapat mencegah kemurungan selepas kelahiran. Pengambilan DHA yang mencukupi juga dapat membekalkan bayi dengan DHA melalui penyusuan badan.
  • Antara makanan yang kaya dengan sumber DHA ialah ikan salmon, ikan sardin, telur atau produk susu yang baik bagi menambahkan DHA dalam badan.

 

  1. MAKANAN TINGGI CHOLINE
  • Semasa berpantang terutamnya bagi ibu yang menyusu, mereka haruslah mengambil jumlah choline yang mencukupi. Choline mempunyai fungsi yang hampir sama dengan folik asid di mana ianya dapat menyokong perkembangan otak. Antara makanan yang kaya dengan choline adalah telur dan organ dalaman.

Rawatan alternatif natural & semulajadi Homeopathy; Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed : KLIK untuk info.