Cuti sekolah tak lama lagi. Ramai bakal pengantin semestinya dah merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka pada hari cuti sekolah.

Semestinya bakal pengantin sangat teruja untuk memakai baju pengantin yang cantik dan segak di hari bahagia nanti.

Perkara paling sentiasa difikirkan oleh bakal pasangan pengantin adalah untuk diet kekal kurus atau maintain dengan keadaan badan sekarang.

8 tips diet dan sihat sebelum kahwin :

 

1. Minum air kosong

Banyakkan minum air kosong. Air kosong daoat membantu sistem tubuh badan untuk membuang toksin badan dan mengurangkan kadar kalori. Malah, kita digalakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bertujuan untuk detox badan dengan mudah dan berkesan.

 

2. Senaman

Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3–4 kali seminggu secara berterusan dan konsisten. Badan kita memerlukan pergerakan untuk membakar kalori dan lemak yang terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi yang lebih teratur.

Senaman tarian dan jogging juga memberi kesan yang sangat baik untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan. Selain itu, lakukan juga senaman berjalan kaki seperti naik turun tangga atau jalan-jalan di mall sambil window shopping pun boleh keluarkan peluh dan juga lakukan regangan selama 30 minit sebelum mulakan senaman anda.

3. Sarapan pagi

Seeloknya bersarapan lah dulu sebelum keluar dari rumah, ke pejabat atau kemana-mana sahaja untuk mengelakakn perut kosong dan masuk angin. Jika korang tidak bersarapan kemungkinan anda akan terus rasa lapar pada waktu petang dan malam. Ini amat penting untuk anda yang betul-betul nak konsisten nak diet dan tidak terlalu berfikir untuk makan. Sekurang-kurang nya bersarapan dengan bijirin, roti baka , buah-buah, susu dan lain-lain menu yang berkhasiat.

4. Matlamat

Tetapkan matlamat anda sebelum majlis kahwin anda. Tanam dalam diri anda nak kelihatan cantik di hari bahagia anda. Selain itu, anda juga harus menetapkan jadual makanan yang perlu anda makan untuk diet ini bagi mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan iaitu penurunan lingkungan 0.5 kilogram ke satu kilogram dalam seminggu.

5. Makanan berkhasiat

Makan makanan yang berkhasiat supaya tubuh kita tidak mudah terkena penyakit yang tidak diingini, kita juga digalakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan yang segar dan sewaktu dengannya.

Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori serta mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Selain itu, kita perlu kurangkan sebanyak 500 kalori sehari untuk mengurangkan berat badan.

6. Elakkan makanan ringan

Pentingnya kita elakkan pengambilan makanan ringan terutamanya di waktu malam kerana ianya akan menjejaskan kesihatan kita jika terambil secara berlebihan. Malah, anda boleh gantikan makanan ringan dengan biskut krim kraker dengan secawan kopi , susu dan tea hijau (kurang manis), atau pun boleh juga gantikan dengan salad buah-buah sebagai ganti kudapan.

7. Tidur yang berkualiti

Tidur awal amat penting untuk memastikan anda tidur yang berkualiti iaitu lapan jam sehari terutama untuk anda yang bakal ke pelamin hari bahagia anda. Badan kita berupaya membaik pulih sendiri setiap kali kita tidur malam dan proses baik pulih badan selalu lebih berkesan jika di waktu tidur. Jika tidur tidak menentu lama kelamaan boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk anda tidur awal sebagai langkah paling mudah untuk mengelakkan penyakit.

8. Rawatan Homeopathy untuk kurus dan sihat

Dapatkan rawatan dan perubatan Homeopathy Homeomed untuk dapatkan badan yang sihat. Homeopathy merupakan kaedah rawatan alternatif yang natural, selamat dan berkesan untuk diamalkan oleh semua golongan peringkat umur.