Bawa anak ke Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed di musim cuti persekolahan. Cuaca yang tak menentu membuatkan anak-anak senang untuk dapat penyakit. Demam, selesema, batuk berkahak yang berpanjangan dan imun badan yang lemah sering dialami oleh kanak-kanak sejak kebelakangan ini.

Homeopathy Homeomed merupakan kaedah rawatan alternatif yang natural, selamat dan berkesan untuk diamalkan oleh semua golongan peringkat umur terutamanya kepada kenak-kanak pada musim cuti persekolahan. Ikuti 7 Tips Agar
Anak-anak Sihat Di Musim Cuti Persekolahan.

1. Galakkan anak untuk makan makanan yang seimbang, serta elakkan makanan berlemak dan manis yang berlebihan. Selain itu, pastikan mereka minum secukupnya. Ini akan membantu mereka mengekalkan tahap tenaga yang diperlukan.

2. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi pada setiap malam iaitu sekitar 7-8 jam sehari. Tidur yang cukup penting untuk kesihatan fizikal dan mental mereka dan akan membantu mereka kekal terjaga dan fokus sepanjang hari.

3. Galakkan anak untuk kekal aktif sepanjang cuti sekolah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti luar dan sukan. Ini akan membantu mereka untuk kekal sihat dan cergas, serta mencegah mereka daripada menjadi malas dan tidak aktif.

4. Ingatkan anak-anak tentang pentingnya untuk sentiasa selamat. Ini termasuk mengelakkan dari terlibat aktiviti jenayah, elak bercakap dengan orang yang tidak dikenali, memberitahu ahli keluarga ke mana mereka pergi dan sebagainya.

5. Pantau masa skrin anak-anak dan pastikan mereka tidak menghabiskan banyak masa di dalam peranti mereka. Terlalu banyak masa skrin boleh menyebabkan kekurangan aktiviti fizikal, gangguan tidur dan interaksi sosial yang berkurangan.

6. Galakkan anak untuk mengamalkan amalan kebersihan yang baik seperti mencuci tangan kerap dan mengelakkan menyentuh muka mereka, untuk mencegah penularan penyakit. Pada musim sekolah, kes penyakit berjangkit akan meningkat.

7. Amalkan perubatan natural dan elakkan ubatan yang berunsur kimia dan bebas ‘drugs’. Bawa anak ke Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan untuk segala pemasalahan kesihatan anak. Homeopathy Homeomed sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur.