Makanan merupakan sebahagian penting musim perayaan. Namun demikian, kita mesti mengamalkan kesederhanaan dalam pemakanan kita dan tidak harus melupakan kesihatan badan. Menjelang Tahun Baru Cina, mari kita amalkan gaya pemakanan dan gaya hidup sihat. Berikut adalah 6 tips pada musim perayaan ini:


1.       Tingkatkan pengambilan cecair

Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air penting untuk mengawal suhu badan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Pengambilan air juga dapat kurangkan selera makan. Elakkan pengambilan minuman manis dan berkarbonat.

2.       Kurangkan kelajuan mengunyah

Mengunyah makanan secara perlahan penting untuk mengelakkan masalah penghadaman makanan. Amalan mengunyah dengan cepat akan meningkatkan selera makan dan berat badan anda.

3.       Amalkan gaya hidup aktif

Senaman dapat mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kesihatan badan. Senaman juga penting untuk mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

4.       Pastikan anda mengambil sarapan pagi

Kepentingan sarapan pagi sering diabaikan. Sarapan pagi penting untuk mengawal berat badan dan paras gula darah. Apabila kita tidak mengambil sarapan pagi, selera makan akan meningkat dan pengambilan kalori yang berlebihan akan terjadi.  

5.       Awasi pemakanan anda

Jaga pemakanan anda menjelang musim perayaan ini. Jangan makan secara berlebihan. Amalan pemakanan yang sihat dapat kita terapkan dalam kehidupan seharian dengan menambahkan pengambilan makanan yang berkhasiat dan mengurangkan makanan yang memudaratkan kesihatan.

6.       Dapatkan rawatan & ubatan natural untuk mencegah penyakit di Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed

Anda dan keluarga perlulah sentiasa sihat dan cergas sepanjang hari perayaan. Dapatkan ubatan natural Homeopathy yang selamat dan tanpa sebarang kesan sampingan daripada Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed. KLIK untuk info dan pertanyaan lanjut.