Bulan Ramadhan ialah bulan untuk menahan daripada rasa lapar dan dahaga. Malah bulan yang mulia ini juga dapat mendisiplinkan diri untuk mengelakkan diri daripada melakuakan perkara-perkara mungkar.

.

Namun, dalam sibuk kita menunaikan ibadah puasa, kesihatan juga perlu dijaga. Ia penting untuk memastikan ibadah yang kita lakukan tidak memudaratkan kesihatan. Bagi mendapat kesihatan yang lebih baik walaupun pada bulan puasam jom kami kongsikan beberapa tips untuk anda amalkan.

.

1. Perbanyakkan makan serat dan protein semasa sahur

Sahur adalah sangat penting bagi mereka yang berniat menjalani puasa di bulan Ramadhan. Sebaiknya, perbanyakkan pengambilan serat dan juga protein seperti sayur, yogurt, keju dan juga kekacang. Bagi serat pula, anda boleh makan banyak buah-buahan, bijirin dan juga sayur-sayuran.

 

2. Makan secukupnya semasa berbuka

Setelah seharian menahan lapar dan dahaga, selalunya kita akan makan dengan banyak semasa berbuka puasa. Sebaik-baiknya, sebelum makan makanan yang tinggi dengan kalori, mulakan dengan makanan yang ringan seperti salad dan juga sup. Perkara yang perlu dielakkan adalah makan makanan ringan.

Amalkan setiap kali waktu sahur dan berbuka sepanjang bulan puasa. Sebaiknya makan 5 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Minum susu dan protein juga sangat penting.

 

3. Elakkan makan kek dan makanan ringan yang berkalori tinggi

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling banyak menyediakan kek dan juga makanan ringan sebagai makanan untuk berbuka puasa dan sahur. Tahukah anda, makanan sebegitu mempunyai kesan negatif untuk kesihatan terutama skeali ‘obesiti’. Disarankan supaya menggantikan makanan ringan dengan kacang badam.

 

4. Mengekalkan suhu badan dan kekal terhidrasi

Bagi yang berpuasa, sebaiknya elakkan diri dari terlalu terdedah dengan sinaran matahari ataupun cuaca panas. Perbanyakkan makan buah-buahan pada waktu berbuka kerana, kandungan air di dalamnya boleh menjaga tubuh badan anda dari terhidrasi. Jangan terlalu banyak minum air sekaligus. Disarankan minum dua gelas air semasa bersahur, dan dua gelas semasa berbuka dan bakinya sebanyak empat gelas setiap jam.

Elakkan dari minum kopi atau teh. Ia penyebab anda cepat rasa dahaga dan dehidrasi secara berlebihan di waktu siang. Bagi meningkatkan lagi tenaga, minum minuman ringan seperti jus buah-buahan.

 

5. Berpuasa mengikut kemampuan fizikal

Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, sebaiknya sebelum berpuasa, anda haruslah berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Pada ibu-ibu hamil juga, semoga boleh memberikan anda serba sedikit panduan mengekalkan kesihatan tubuh badan semasa menjalankan ibadah puasa.

 

6. Dapatkan rawatan dan perubatan natural dan selamat Homeopathy Homeomed

Untuk sentiasa sihat dan bermaya di sepanjang bulan Ramadhan, anda boleh amalkan pemakanan dari ubatan Homeopathy. Ini juga dapat memastikan tubuh anda sentiasa segar untuk menjalankan ibadah sepanjang bulan Ramadhan.