Masalah anak sembelit adalah perkara biasa terutamanya ketika dalam proses latihan tandas sekitar usia 2 hingga 3 tahun.
.
Sembelit terjadi apabila anak mempunyai najis dengan tekstur yang sangat keras bersama pergerakan usus yang jarang berbanding kebiasaannya.
.
Ketahui 6 antara punca utama yang menyebabkan anak anda sembelit & pemakanan yang boleh merawat sekiranya anak anda mengalami masalah sembelit.

 

  1. Pengambilan Serat Yang Kurang
  • Pengambilan serat yang kurang adalah salah satu faktor paling utama sekiranya anak anda mengalami sembelit. Apabila serat kurang dalam badan anak anda, ini menjadikan sistem pencernaan mereka bekerja agak kurang berbanding jika anak anda memiliki serat yang secukupnya.
  • Para Ibu bapa disarankan dapatkan nasihat dari pakar apabila anak anda membuat “check up” di Hospital.

     

    1. Alergik terhadap sesuatu protein susu lembu
    • Hal ini banyak berlaku apa bila sesebuah jenama susu lembu itu tidak sesuai untuk anak anda. Ia akan memberi kesan buruk terhadap sistem pencernaan mereka dan kebiasaannya simptom utama nya ialah SEMBELIT.
    • Anda disarankan untuk menukar susu anak anda kepada susu BEBAS LACTOS (LACTOS FREE) yang ada dipasaran. Harga bagi susu ini agak mahal berbanding susu lembu biasa namun ia bagus untuk rawatan sementara sebelum ditukarkan kembali kepada susu biasa.

       

      1. Mempunyai Masalah sistem pencernaan
      • Untuk hal ini, hanya pakar perubatan sahaja yang dapat sahkan sama ada anak anda memang mengalami masalah sistem pencernaan berbanding anak-anak yang lain
      • Jadi, anda boleh membuat pemerhatian terhadap anak anda dan rujuk kepada pakar secepat yang mungkin

       

      1. Pengambilan Ubat-Ubatan
      • Ada sesetengah kanak-kanak mungkin tidak dapat menerima sesuatu ubat dan ini akan membuatkan simptom SEMBELIT itu berlaku.
      • Sekiranya anak-anak anda didapati mengalami SEMBELIT selepas pengambilan sesuatu ubat-ubatan, berhenti seketika dan berikan anak anda air yang banyak bagi memulihkan kembali sistem pencernaan anak-anak anda.

       

      1. Masalah Metabolisma
      • Masalah metabolism ini sangat general kerana setiap kanak-kanak itu memiliki metabolism yang tersendiri sama ada tinggi ataupun rendah
      • Bagi ibu bapa jika ingin mengambil sesuatu ubat bagi meningkatkan sistem metabolism anak-anak adalah suatu perkara yang disarankan seperti contoh IMMUNI10 dari Homeomed sendiri.

       

      1. Mempunyai masalah gangguan makan
      • Ini sangat sinonim bagi kebanyakkan kanak-kanak. Pastikan anak-anak anda makan pada waktu yang terbaik dengan makanan yang memiliki zat yang tinggi.
      • Walaupun anak anda menyusu dengan banyak atau kerap, tetapi memberikan mereka makanan yang tinggi zat juga sangat disarankan dan amat diperlukan bagi sistem pencernaan anak-anak anda.


      10 MAKANAN YANG MAMPU MERAWAT MASALAH SEMBELIT ANAK ANDA.
       

      1. Minuman Kulr (Vitagen,Yakult)
      2. Air kosong
      3. Buah pear
      4. Buah kiwi hijau
      5. Buah epal
      6. Ubi keledek
      7. Buah prune
      8. Sayuran hijau
      9. Yogurt
      10. Bijiran penuh

      Homeopathy Homeomed dapat membantu anak anda dari masalah sembelit.