1. KICAP PENYEBAB PARUT HITAM
  • Ini sesuatu yang sangat popular dikalangan masyarakat kita dimana sekiranya sebagai contoh kita sedang mengalami kecedaraan yang membawa kepada luka di sekitar badan kita sama ada disebabkan oleh kemalangan, kecederaan, pembedahan dan sebagainya, ia dipercayai boleh memberi kesan sampingan iaitu MENYEBABKAN PARUT KITA MENJADI HITAM.
  • Sebaliknya tidak sama sekali. Ianya hanyalah Mitos semata-mata dan tidak membuatkan parut kita menjadi hitam pun jika kita makan kicap pada waktu kita mempunyai luka dan sebagainya.
  • KICAP diperbuat daripada kacang soya sebagao bahan utama dan tinggi khasiat. Namun, perlu diingatkan yang KICAP ini mengandungi garam yang tinggi tetapi tidak menyebablan parut menjadi hitam.

 

  1. MANDI MALAM SEBAB PARU-PARU BERAIR
  • Ramai yang sangka dan percaya bahawa jika mandi diwaktu malam, ia boleh menyebabkan paru-paru berair. MITOS mengatakan bila mana kita mandi malam, air yang mengalir itu tidak dapat diprosess sebaiknya dan menyerap kedalam paru-paru. Itu yang menyebabkan paru paru berair.
  • Sebaliknya TIDAK. Ia tidak menyebabkan penyakit Paru-paru berair sama sekali bila kita mandi pada waktu malam tetapi sebaliknya, ia dapat menjadikan tubuh badan kita lebih segar selepas penat seharian bekerja.
  • Didalam konteks kesihatan, ia amat digalakkn untuk menjadikan tidur anda lebih nyenyak dan berehat dalam keadaan yang lebih selesa.

 

  1. NENAS MENGAKIBATKAN KEGUGURAN
  • Kepercayaan ini sering bermain didalam psikologi masyarakat dimana ia dapat menggugurkan kandungan seorang ibu yang mengandung.
  • Mungkin disebabkan rasa nenas yang masam dan tajam menyebabkan psikologi itu telah tertanam tetapi sebalinya tidak. Ia hanay MITOS sahaja.
  • Nenas adalah diantara buah-buahan yang mampu melancarkan haid bagi wanita, namun bagi wanita yang sedang hamil, disarankan elakkan makan Nenas kerana sifatnya yang masam dan tajam, mampu membuatkan perut ada mengalami symptom sakit perut tetapi tidak mengakibatkan keguguran.

 

 

  1. KETAM SEBAGAI RAWATAN DENGGI
  • Ketam mempunyai banyak khasiat dan ia kaya dengan sumber protein yang tinggi. Dengan memiliki sifat rasa yang sedap untuk dimakan, ia menjadikan sebuah makanan laut yang wajib sekiranya anda seorang pemakan makanan laut.
  • Namun, ia sebenarnya bukan sesuatu makanan yang mampu untuk menjadi sumber rawatan bagi merawat masalah DENGGI.

 

  1. TIMUN MENGAKIBATKAN KEPUTIHAN
  • Ramai yang sangka bahawa makan banyak timun boleh menyakibatkan masalah keputihan bagi seseorang wanita. Namun sebaliknya ia hanya MITOS semata-mata. Tidak ada bukti atau kajian yang menunjukkan timun adalah penyebab masalah keputihan.
  • Timun ialah sayuran yang baik untuk hidrasi tubuh badan kita. Dengan sifatnya yang sejuk, ia mampu memberikan kesegaran dalam beberapa aspek seperti memakan timun, atau menjadikan timun sebagai bahan penghilang bengkak mata (eye beg).

 

  1. TELUR AKIBAT LUKA BERNANAH
  • Sama juga seperti KICAP, pelbagai spekulasi dan psikologi masyarakat mengatakan bahawan jangan makan telur sekiranya anda sedang mengalami luka disebabkan kemalangan atau kecederaan.
  • Namun, ia hanyalah MITOS dan ia tidak sama sekali mengakibatkan luka anda bernanah.
  • Telur mengandungi sumber protein yang sangat tinggi dan ianya baik untuk kesihatan badan kita.

 

  • Artikel dari Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Penulisan oleh : Mohamad Amirul Shafiq