Batuk boleh terjadi secara sengaja atau sebagai sebahagian daripada refleks. Walaupun batuk boleh menjadi tanda penyakit serius, namun selalunya ia akan pulih dengan sendiri tanpa memerlukan perhatian perubatan.

.

1. Madu, cara hilangkan batuk budak paling popular

Madu lebah kaya dengan nutrien dan antimikrobial. Madu ialah bahan ajaib yang digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan. Ia secara saintifiknya terbukti berkesan merawat batuk.

Dalam satu kajian 2007, madu diklasifikasikan sebagai ramuan atau rawatan yang paling berkesan dalam 100 kes batuk dalam kalangan kanak-kanak.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, campurkan madu dengan jus lemon atau air halia untuk menambahkan dos vitamin C, minyak pati dan antioksidan.

Namun begitu, ibu bapa diingatkan untuk tidak menggunakan ramuan ini buat bayi yang berusia 12 bulan ke bawah kerana madu mengandungi botulinum spores – sejenis bakteria yang bertanggungjawab terhadap kes keracunan makanan dalam kalangan kanak-kanak.

.

2. Rawat batuk anak tidak berhenti dengan air

Jika anak anda mendapat demam selesema, berikannya minum banyak air untuk membantu menipiskan mukus, kemudian memulihkan masalah hidung berair serta melegakan sakit tekak mereka.

Pakar mempercayai bahawa pengambilan air yang lebih banyak akan merendahkan suhu badan kanak-kanak selain melembutkan mukus atau hingus yang tersekat di dalam tekak mereka yang sebenarnya merupakan punca utama batuk itu berlaku.

.

3. Posisikan kepala di kedudukan yang tinggi

Sekiranya anak anda berusia lebih daripada 1 tahun, letakkan beberapa bantal di belakangnya, bahu dan kepala agar dia dapat tidur dalam kedudukan yang sedikit tegak, membolehkan pernafasan lebih mudah.

Untuk bayi, letakkan bantal di bawah tilam katilnya untuk menaikkan kawasan di mana dia meletakkan kepalanya.

.

4. Berkumur, antara cara hilangkan batuk budak

Air hangat, masin – adalah merupakan remedi batuk yang diuji sebelum ini dan diakui oleh pakar.

Apa yang perlu dilakukan: Campurkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam dan minta anak anda untuk berkumur dengan menggunakannya.

.

5. Bersihkan bilik anak anda

Sekiranya batuk anak anda kering dan berbunyi serak, ia boleh disebabkan oleh asma atau alahan.

Cuba keluarkan seberapa banyak kerengsaan yang anda boleh dari rumah anda dan tempat tidur serta jangan merokok di rumah atau di mana-mana ruangan berhampiran anak anda.

.

6. Dapatkan ubat semulajadi Homeopathy Homeomed

Ubat Homeopathy Homeomed sangat sesuai diberikan kepada kanak-kanak atau bayi yang ada batuk jenis berkahak, batuk gatal dan sebagainya.

Dapatkan rawatan di Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed berdekatan dengan anda untuk kesihatan anak dan keluarga.