Duduk di rumah pun boleh kekal cergas! Ikuti 5 senaman ringkas ini

  1. Regangkan badan

Elakkan duduk sepanjang hari di rumah tanpa berbuat apa-apa sebaliknya carilah aktiviti untuk dilakukan di rumah. Jika malas sangat, lakukan senaman regangan badan setidak-tidaknya dua jam sekali.

 

  1. Lompat tali

Meskipun anda hanya di rumah sepanjang hari, anda masih boleh menjalani latihan intensif di rumah. Antaranya lompat tali yang mampu meningkatkan stamina anda. Paling penting, ia juga menyeronokkan!

  1. Lari setempat

Joging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati. Anda boleh melakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik di rumah.

  1. Lompat katak, tekan tubi

Lompat katak sangat mudah dan boleh dilakukan dalam kiraan 10 saat. Ia baik sebagai memanaskan badan dan kardiovaskular, manakala tekan tubi baik untuk menguatkan otot lengan serta dada anda. Tidak perlu lama, cukup sekadar 10 ke 15 minit setiap sesi.

  1. Aerobik & Zumba

Senaman aerobik dan zumba dapat dilakukan sama ada di luar ataupun di dalam rumah. Lebih seronok, senaman ini dapat dilakukan bersama ahli keluarga lain.

Selain itu, terdapat juga aktiviti lain boleh dilakukan iaitu berjalan di sekeliling rumah atau turun naik tangga selama 10 ke 15 minit. Sebaik-baiknya, lakukan sebanyak dua ke tiga kali sehari.

Bagi menambah keseronokkan buat carian video menari atau senaman aerobik di YouTube.

Paling penting, sentiasa menjaga kebersihan diri serta memberi perhatian kepada langkah-langkah pencegahan seperti sentiasa mencuci tangan, memakai topeng muka dan menjaga kebersihan diri.

 

Kekal sihat dengan amalan senaman di rumah dan penjagaan kesihatan yang berterusan dengan rawatan Homeopathy Homeomed. KLIK untuk info.

 

Source : https://www.mstar.com.my/xpose/isuke/2020/03/24/senaman-di-rumah