Ramai yang menyangka masalah kulit muka mengelupas adalah angkara organ terbesar ini terlalu kering dan tidak lembap. Ya, prasangka itu mungkin tepat namun ada banyak lagi punca lain yang boleh menjadi faktor risikonya. Jom terus baca artikel untuk tahu!

 

APA MAKSUD KULIT MENGELUPAS?

Untuk pengetahuan anda semua, pengelupasan kulit itu merupakan masalah umum yang mungkin boleh terjadi di mana-mana bahagian kulit tubuh badan termasuk juga pada wajah individu.

Khususnya pada wajah, masalah ini akan menyebabkan kulit anda seakan terkopek atau tertanggal daripada kawasan yang terkesan sekali gus mengakibatkan penampilan diri turut terjejas.

Dalam pada itu, kondisi yang juga disebut facial skin peeling ini boleh mendatangkan kesan buruk lain seperti kemerahan, kegatalan, kesakitan dan keradangan yang wajar dirujuk kepada pakar.

Sekiranya ini hanya dibiarkan tanpa rawatan lanjutan, tahap kecantikan, keselesaan dan keyakinan diri individu itu sudah pasti akan menurun lantas membawa kepada implikasi kesihatan lain.

Persoalannya, apa punca kulit mengelupas di muka yang sebenar? Kekeringan adalah faktor risiko utama?

 

BEBERAPA PUNCA MASALAH KULIT MENGELUPAS 

  1. Kekeringan pada kulit wajah
  • Pertama dan paling utama, kulit wajah yang terlalu kering itu tentu sahaja tidak bagus untuk muka.
  • Alasannya, kekeringan pada kulit boleh mengakibatkan sel-sel tidak mampu melekat di antara satu sama lain lantas menyebabkan ia mengelupas daripada jaringan kulit asal masing-masing.
  • Kurangnya kelembapan dan kekeringan pada wajah ini biasa didalangi oleh beberapa hal termasuk iklim atau cuaca terlalu sejuk terutama jika anda sering berada di kawasan bercuaca sejuk dan berhawa dingin.
  1. Penggunaan Produk Kulit Muka Tidak Ideal
  • penggunaan produk kulit seperti ubat, krim, losyen, minyak atau lain-lain yang tidak sesuai lebih-lebih lagi bagi muka berjerawat turut boleh memicu masalah kulit wajah anda mengelupas.
  • Ini kerana banyak produk kulit itu mengandungi bahan tidak sesuai termasuk asid salisilik, benzoil peroksida, sulfonamida serta macam-macam lagi terutama buat pemilik kulit jenis sensitif.
  1. Pendedahan Kepada Sinar Matahari
  • Ketiga, kulit wajah juga boleh mengelupas angkara selar matahari (sunburn atau sunspots). Akibat daripada pendedahan sinar matahari yang berlebihan, ia akan membunuh sel-sel kulit asli.
  • Selepas sel kulit asli itu mati, ia akan digantikan dengan sel kulit yang baharu. Maka, pengelupasan kulit wajah bakal berlangsung secara semula jadi dan ini adalah suatu proses yang normal.
  1. Hipotiroidisme
  • Hipotiroidisme merupakan kondisi di mana kelenjar tiroid anda hilang upaya untuk menghasilkan hormon tiroid yang cukup sekali gus akan menjejaskan proses metabolisme tubuh badan.
  • Menurut American Academy of Dermatology, salah satu simptom kondisi ini adalah kulit individu akan mula mengering lalu mengelupas angkara ketiadaan hormon tiroid yang sangat penting bagi proses pembentukan dan penggantian sel kulit baharu.
  1. Pelbagai Masalah Kulit Lain Seperti :
  • Ekzema – Kondisi ini akan menyebabkan kulit anda mengelupas, merah dan gatal serta mungkin mengeluarkan nanah atau cecair
  • Rosacea – Kondisi ini pula mengakibatkan kulit anda mengelupas, merah, gatal dan berbenjol akibat daripada sensitiviti keterlaluan
  • Alergi – Selain produk, alahan terhadap bahan seperti besi, logam, plastik dan lain-lain juga boleh membawa kepada masalah kulit yang mengelupas

Daptkan rawatan natural dan tanpa kesan sampingan di Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed. Klik SINI untuk info dan pertanyaan lanjut berkenaan rawatan kulit dan permasalahan kesihatan yang lain.