Ramai di antara kita sering merancang untuk menurunkan berat badan sebelum menjelangnya hari perayaan. Namun, perancangan hanya tinggal angan angan. Anda perlu tahu dan kenalpasti punca-punca yang mengakibatkan berat badan anda naik mendadak!

.

1.    ANDA TAK MINUM AIR YANG MENCUKUPI 

Badan kita memerlukan air yang cukup untuk terus kekal dalam keadaan hidrat.

Dehidrasi yang berpunca dari kurang minum air akan menyebabkan badan kita rasa lemah dan penat yang luar biasa walaupun kita sudah makan.

Mengikut kajian, air yang mencukupi untuk badan kita dapat membantu proses kita menurunkan berat badan. 

Jadi, jangan ambil remeh pasal minum air. Kita harus tahu bahawa setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air.

Itulah salah satu sebab kenapa disarankan minum air 2-3 liter sehari.

Musim el-nino minum lebih ya sebab kita perlu kekal dalam keadaan hidrat kecuali semasa bulan puasa kita mesti tahan sahaja. 

 

2. SENTIASA ABAIKAN SARAPAN PAGI

Asal diet, mesti kita ingat makan 2 kali sehari pada waktu tengahari dan malam dah mencukupi kan?

Menurut kajian dari The National Weight Control Registry (2003), orang yang mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk mengambil kalori yang lebih rendah, kurang lemak tepu, dan kolesterol dan mempunyai status pemakanan yang lebih baik berbanding orang yang mengabaikan sarapan pagi. 

Jadi, kalau nak turunkan berat badan, pastikan anda sarapan pagi ya. Jangan ambil remeh kalau nak kuruskan badan. 

 

3. ANDA TIDAK CUKUP TIDUR

Zaman sekarang nak bersenam siang hari tak sempat. Jadi, kita lebih cenderung untuk bersenam di waktu malam.

Ini bermakna kita akan mengganggu juga waktu rehat dan tidur anda. Kita juga perlukan tenaga lebih untuk melakukan senaman rutin harian dan menganggu waktu waktu tidur boleh menyebabkan badan anda tak dapat mengawal nafsu makan dengan baik. 

 Jadi, pastikan kita cukup tidur ya. Terlebih tidur pun tak bagus juga. 

 

4. ANDA TIDAK MAKAN DAHULU SEBELUM BERSENAM

Kalau kita selalu bersenam tanpa makan terlebih dahulu, kita perlu mempertimbangkan semula perkara ini.

Kajian mengatakan bahawa apabila kita bersenam tanpa makan terlebih dahulu, kalori yang dibakar adalah daripada otot bukannya lemak.

Apabila otot lebih banyak membakar kalori daripada lemak, maka lebih banyak otot yang dibina, lebih bagus ianya untuk menurunkan berat badan. 

Makan dahulu sebelum bersenam bukan sahaja dapat mengelakkan kita daripada kehilangan otot, tapi dapat membekalkan tenaga lebih untuk kita bersenam lebih banyak lagi. 

Jadi, sebelum nak bersenam tu, makan seelok-eloknya 1-2 jam sebelum bersenam. Jangan 5 minit sebelum bersenam baru nak makan ya. Ianya boleh membuatkan kita rasa nak muntah semasa bersenam.

 

5. ANDA DIET TAPI TAK KOMITED DENGAN PLAN DIET

Walau siapa pun kita, kalau kita buat secara acuh tak acuh sahaja dan kita jangkakan hasilnya sangat baik.

Itu tanggapan yang salah sebab kita tak buat dengan terbaik, jangan kita jangkakan hasil terbaik.

Kita rancang diet dan juga senaman, maka kita perlu teruskan buat dengan sepenuh hati.

Dengan ini, kita boleh rasakan hasil terbaik daripada komitmen yang kita berikan untuk turunkan berat badan. 

Jadi, kalau kita nak turunkan berat badan atau kurus, kita mesti plan dan buat sepenuh hati.

Pekakkan telinga pada kata-kata sumbang orang lain dan jalan terus menuju kejayaan.