1. Sakit Kepala

Sekiranya anda merupakan seorang penggemar kopi, anda akan cenderung untuk mengalami sakit kepala. Ia boleh terjadi apabila anda tidak meminum kopi dalam tempoh 12-24 jam selepas pengambilan kopi terakhir.

Ini merupakan salah satu simptom bagi caffeine withdrawal bagi seseorang yang terlalu banyak mengambil kafein setiap hari.

Antara simptom lain bagi caffeine withdrawal adalah :

  • Keresahan
  • Mudah melenting
  • Mengantuk dan lesu

2. Sukar Untuk Tidur

Sebagai zat yang merangsang sistem saraf pusat, kafein boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sukar tidur atau insomnia.

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, anda perlulah elakkan pengambilan kafein sekurang-kurang 6 jam sebelum tidur.

Anda juga amalkan beberapa tips untuk mudah tidur pada waktu malam.

3. Mengganggu Perut

Kafein merupakan zat yang dapat meningkatkan asid pada perut kita. Ini boleh mengundang masalah sakit perut atau pedih ulu hati.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti ulser perut atau refluks asid, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengambil kafein.

4. Badan Kehilangan Air

Kafein merupakan salah satu bahan diuretik yang boleh meningkatkan kekerapan buang air kecil. Badan anda juga lebih cenderung kehilangan banyak atau dehidrasi jika anda mengambil kafein sebelum bersenam.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Alabama menunjukan jika wanita yang sering mengambil kafein lebih sering buang air kecil dan biasanya rasanya tidak dapat ditahan.

Keadaan seperti ini berlaku pada hampir 70% wanita yang sering mengambil kafein dengan jumlah 329 miligram atau lebih.

5. Meningkatkan tekanan darah

Kafein yang kita ambil akan terus diserap oleh tubuh, dan masuk ke dalam aliran darah kita. Malahan dalam waktu lebih kurang dua jam, kafein boleh mencapai tahap tertinggi di dalam aliran darah kita.

Ini boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dalam waktu yang singkat. Biasanya ia tidak memberikan kesan jangka masa panjang melainkan seseorang itu ada masalah jantung.

Jika anda masalah tekanan darah tinggi atau penyakit jantung, dapatkan nasihat daripada doktor mengenai pengambilan kafein yang disyorkan.