Tak dinafikan makanan di Malaysia memang sedap sedap belaka. Paling sedap pula dimakan pada hari perayaan. Cuma, kandungan setiap makanan yang dimakan itu mengandungi kalori, nutrisi dan lemak yang tinggi.

10 makanan yang membuatkan rakyat Malaysia gemuk di hari perayaan.

1. Nasi Lemak

Hidangan nasi lemak (karbohidrat, protein, lemak) mengandungi lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450 – 500 kalori. Sedap kan?

2. Roti Canai

Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau dah makan dua keping bersamaan 600 kalori! Ini baru hidangan untuk breakfast, belum masuk lunch, snek dan dinner lagi. Anda dah bersedia untuk gemuk?

3. Nasi Goreng

Kebiasaan kita anggap nasi goreng adalah makanan yang biasa sahaja. Namun, sepinggan nasi goreng mengandungi kira-kira 630 kalori kerana ia adalah hidangan bergoreng, ditambah pula dengan ayam, telur dan sedikit sayur menjadikan nasi goreng kurang seimbang.

4. Ais Krim

Ais krim mengandungi lemak dan gula, serta kalori. Dua scoop ais krim bersamaan 380 kalori! Nampak sedap tapi kalorinya tinggi ya.

5. Burger

Kalau dah makan burger tak sah kalau tak tambah keju, sos cili, mayones ataupun sekurangnya telur. Jika ditambah kesemuanya kalori boleh mencecah 1000 kalori! Wow!

6. Mi Kari

Hidangan mi kadang-kadang memang menyelerakan juga. Tapi, kandungan kalori dalam mi kari adalah 500. Tinggi juga tu.

7. Makanan bergoreng

Sekeping pisang goreng mengandungi 170 kalori. Makanan seperti ini tidak sesuai sebab digoreng menggunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lebih-lebih lagi kalau menggunakan minyak yang sama.

8. Susu Pekat Manis

Satu sudu susu pekat manis biasanya mengandungi kira-kira 60 kalori dan sememangnya ia kurang elok kerana kandungan lemak yang tinggi walaupun merupakan sumber kalsium.

9. Roti Manis dan Donut

Ada yang tidak mengambil nasi dan menggantikannya dengan roti kerana menganggap ia tidak beri kesan kepada kegemukan. Sebaliknya, roti manis atau donut memang tinggi kandungan lemak dan karbohidrat. Sebiji donut biasanya mengandungi 200 kalori.

10. Mayones

Suku cawan mayones mengandungi 360 kalori iaitu bersamaan dengan 40g.