KEBAIKAN BUAH PISANG YANG RAMAI TIDAK TAHU

Buah pisang adalah sejenis buah yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Sebut sahaja nama buah ini, pasti dikenali oleh setiap peringkat umur dan masyarakat. Buah pisang berasal dari genus Musa dan keluarga Musaceae. Pisang mempunyai kulit yang berwarna hijau atau kuning bergantung kepada jenis dan tahap kematangan buah tersebut dan mempunyai isi yang berwarna putih kekuningan.

Umum mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis pisang yang boleh didapati di negara kita seperti pisang emas, tanduk, berangan, abu dan lain-lain. Buah ini sering digunakan dalam pembuatan makanan seperti kuih tradisional, kerepek dan juga turut digunakan dalam penghasilan jus.

 

Ini adalah 10 kebaikan buah pisang yang anda perlu tahu.

  1. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
  • Oleh kerana buah pisang mengandungi kandungan kalium yang tinggi, ianya mampu untuk menurunkan tekanan darah. Kalium merupakan mineral yang akan menyebabkan saluran darah untuk mengembang lalu menurunkan tekanan darah. Selain itu, kandungan natrium di dalam buah pisang juga sangat rendah dan sangat sesuai untuk diambil oleh pesakit hipertensi.

 

  1. MENGATASI MASALAH SEMBELIT
  • Tahukah anda bahawa buah pisang mampu untuk mencegah masalah sembelit ataupun kesukaran untuk membuang air besar. Hal ini kerana kandungan serat yang tidak terlarut yang terdapat di dalamnya seperti cellulose, hemicellulose dan alpha-glucans. Serat tidak terlarut adalah serat yang tidak akan tercerna oleh badan lalu akan menyumbang kepada penambahan isipadu najis lalu mencegah sembelit.

 

  1. MEMBERI DAN BEKALKAN TENAGA DENGAN SEGERA
  • Buah pisang mengandungi jumlah tenaga dan karbohidrat yang tinggi. Karbohidrat merupakan makronutrisi yang berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Pengambilannya sebelum bersenam mampu untuk membekalkan tenaga semasa aktiviti bersenam. Sebab itu juga ramai atlit sukan menggunakan pisang sebagai makanan yang perlu untuk menambah tenaga sebelum atau semasa bersukan.

 

  1. MEMBERIKAN RASA KENYANG
  • Buah pisang yang kaya dengan kandungan serat mampu untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Hal ini kerana serat melambatkan proses pengosongan perut lalu membuatkan kita berasa kurang lapar. Pengambilannya sebelum memakan hidangan utama boleh mengurangkan pengambilan makanan.

 

  1. MENCEGAH MASALAH KOLESTROL
  • Buah pisang mengandungi phytosterols, sejenis sterol yang terdapat pada tumbuhan. Sterol tumbuhan terbukti untuk mengurangkan paras kolesterol di dalam darah. Antara jenis phytosterols yang terdapat pada buah pisang ialah stigmasterol dan campesterol.

 

  1. MENGURANGKAN CIRIT-BIRIT
  • Kejadian cirit-birit sering terjadi keatas pesakit yang mengamalkan pemakanan melalui tiub makan (feeding tube). Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas pesakit kritikal yang menerima pemakanan melalui cara enteral dan mengalami cirit-birit, didapati bahawa pengambilan serbuk pisang kering (banana flakes) bersama rawatan perubatan mengurangkan kejadian cirit-birit di dalam kalangan pesakit tersebut.

 

  1. MENCEGAH ULSER DALAM PERUT
  • Buah pisang mengandungi komponen leucocyanidin di mana ianya mampu untuk mencegah ulser. Komponen ini meransang penghasilan mucus di dinding perut lalu menghalang hakisan di kawasan perut yang disebabkan oleh asid.

 

  1. MENINGKATKAN SISTEM IMUNITI
  • Jika dilihat semula jadual mikronutrisi di atas, setiap 100 g pisang mengandungi lebih kurang 17 mg vitamin C. Ini merupakan satu jumlah yang tinggi dan mampu untuk memenuhi hampir 25% keperluan vitamin C seharian kita. Vitamin C merupakan salah satu komponen yang bersifat anti oksida dan mampu untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

 

  1. MEMPERBAIKI MOOD
  • Pernahkah anda dengar bahawa dengan memakan pisang boleh membuatkan kita gembira? Ya, benar kerana pisang mengandungi tryptophan. Badan akan menukarkan tryptophan kepada hormone serotonin. Serotonin bertindak untuk memperbaiki mood dan membuatkan kita merasa senang dan gembira.

 

  1. MENCEGAH ANEMIA
  • Anemia adalah penyakit di mana badan tidak mempunyai sel darah merah yang cukup. Hal ini terjadi kerana kekurangan zat besi yang bertanggungjawab dalam penghasilan sel darah merah. Pesakit akan sering mengalami keletihan kerana kekurangan sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke sel badan untuk penghasilan tenaga. Pisang merupakan buah yang terkenal dengan kandungan zat besinya yang terbukti mencegah anemia.

Rawatan alternatif natural & semulajadi Homeopathy; Pusat Rawatan Homeopathy Homeomed : KLIK untuk info.